6 Jenis Isteri Idaman Lelaki
Wanita berparas cantik dan memiliki tubuh menawan tidaklah selalu
menjadi jenis isteri idaman para lelaki. Banyak faktor lain mulai dari
sifat hingga kehidupan kebiasaan harian yang
membuatkan lelaki tertarik. Berikut adalah enam jenis isteri yang
menjadi idaman suami.
1. Penurut
Kebanyakan suami ingin memiliki seorang isteri yang selalu patuh. Mereka
ingin agar semua pendapatnya didengar, kecuali jika perkataannya
menyuruh isteri untuk berlaku buruk. Tetapi dalam hal tersebut,
lelaki inginkan agar isteri menolak jujur perkataan itu dengan baik dan
memberi penjelasan yang masuk akal.
2. Berterima kasih dan sering memuji
Ucapan ‘terima kasih’ serta pujian atas apa yang telah dilakukannya
untuk Anda, dapat membuatkan dirinya merasa bahagia serta dihargai. Ada
kalanya suami mengorbankan waktu, tenaga dan wang untuk membuat
isterinya merasa senang atau paling tidak, rasa aman. Di saat itulah,
Anda ‘wajib’ menunjukkan rasa terima kasih dan berikan penghargaan
padanya.
3. Berperanan sebagai sahabat
Selain sebagai pendamping hidup, suami ingin isterinya juga berperanan
sebagai teman. Dalam peranannya itu, suami inginkan agar isteri menjadi
tempat berkongsi kegembiraan-kesedihan, memberikan saranan, dan memiliki
minat yang sama. Pada kenyataannya, tidak banyak isteri yang menyedari
hal ini. Bila ini terjadi, nukannya tak mungkin jika suami Anda lebih
intim ketika bersama teman-temannya dibanding ketika bersama dengan
Anda.
4. Membuatnya menjadi seseorang yang lebih baik
Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita yang hebat di belakangnya.
Inilah yang diinginkan oleh ramai lelaki, wanita yang selalu menyokong
dan mendorongnya untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. Para
suami ingin agar si isteri selalu ada di ‘belakangnya’ ketika sedang
berada dalam masa sulit dan mendorongnya untuk mampu mengatasi hal
tersebut.
5. Pandai mengalas tugas rumah tangga
Para suami juga mahukan isteri yang mahir menjaga anak, akan membuat
diri mereka merasa aman ketika berada di luar rumah. Selain itu, para
suami juga menginginkan isteri yang pandai mengalasr tugas rumah tangga,
mulai dari masalah kebersihan hingga makanan.
6. Bijak mengurus wang
Hal tersebut sangatlah membantu mereka dalam mengelola anggaran
wang secara efektif. Selain itu, lelaki juga berfikir bahawa wanita
memiliki kemampuan mengurus wang dari lelaki.
0 comments:
Post a Comment